Kelas Membuat Resume
21 September 2020 | Aktiviti TerkiniPada 20 September 2020 hari Ahad, seramai 5 belia sekitar Pusat Internet telah menyertai kelas membuat resume yang telah diadakan di Bilik Latihan Pusat Internet Niah Suai.
Di dalam kelas ini, para peserta telah diajar membuat resume mengunakan perisian Microsoft Office Word . Dalam masa yang sama, peserta juga diajar tentang perkara wajib yang harus ada didalam resume serta maklumat tambahan yang boleh diletakkan didalam resume agar ianya boleh menarik minat para majikan.
Disamping itu juga, para peserta turut didedahkan tentang bahaya pengunaan media social secara berlebihan dan maklumat apa yang boleh dikongsi dan tidak boleh dikongsi di dalam media sosial.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: